Friday, 4 March 2011

10 alasan lelaki takut berkahwin walaupun mampu dari semua segi.

1.Beranggapan bahawa komitmen jangka panjang(perkahwinan) akan
menjejaskan hubungan mereka dgn orang lain.

2.Tidak akan lagi dapat menjadi bebas seperti zaman bujang.Bimbang
segala aktiviti mereka akan dipantau oleh isteri.


3.Bercerai !!! merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki
(bukan org pompuan jerr yg takut perceraian).

4.Trauma - kesan/impak daripada pengalaman masa lampau mereka,
seperti pernah berlaku perceraian antara ibu bapa dan anak-anak
mengalami kemurungan(depression),ataupun melihat konflik atau kegagalan
rumahtangga orang-orang lain yang terdekat dgn mereka.

5.Bimbang dan takut apabila sudah berkahwin,mereka akan jatuh cinta
lagi dgn perempuan lain.(ini kes masih ragu2 dgn kekasih dan tiada
keyakinan diri).

6.Malas dan takut untuk memimpin rumahtangga,menguruskan urusan
dalam rumahtangga seperti perbelanjaan,anak anak,dsb.

7.Bosan!!! mereka beranggapan bahawa berkahwin akan menyebabkan
mereka perlu melakukan rutin hidup yg sama setiap hari.

8.Bertanggapan bahawa apabila berkahwin,mereka perlu berkompromi
dgn isteri. Dan ini pada tanggapan mereka sedikit demi sedikit akan
melunturkan kuasa dan kebebasan mereka.

9.Masih belum bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan hidup
bersama teman-teman (dgn kata lain,masih belum puas enjoyler tuhh).

10.Tidak mempunyai naluri kebapaan,iaitu tidak mempunyai perasaan
dan keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri.

No comments:

Post a Comment